
Wahai kaum hawa, cuba hayati kata-kataku sejenak…Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.
Jika kamu mengatakan hal ini pada lelaki-lelaki,
mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar…--------------------------------------------------------------------------------------
ade pendapat mengatakan yang LELAKI SUSAH UNTUK DIFAHAMI. TIDAK SEMUDAH WANITA YANG MUDAH MELUAHKAN APA YANG MEREKA RASA. LELAKI LEBIH SUKA MEMENDAM DAN KEADAAN ITU MEMBUATKAN LELAKI ITU SUSAH DIMENGERTI. MUNGKIN EGO MENGUASAI DIRI…ATAU MEMANG ITULAH LUMRAH INSAN YANG BERNAMA LELAKI.. entah.. aku pon x paham ngan lelaki.. bagi aku, lelaki harus berpendirian.. tiap apa yang dibuat perlu rasional.. KADANG2 LELAKI SUKA FIKIR PEKARA KECIL ITTEW REMEH.. padahal perkara ittew sbnrnya besar... bagi aku, lelaki perlu pandai berkata2 dan mempertahankan sesuatu fakta.. tu bagi aku laa.. entah.. aku memang x paham lelaki.. sbb aku kurang mendapat kasih sayang dengan org yg bernama lelaki..
sekali kesilapan ittew berlaku, ya.. maap untukmu.. mmg silap kamu...
2 kali kalo kesilapan ittew berlaku, ya.. aku admit.. silap aku..
time kaceh kt membe kamu yang x disangka2 memberi nasihat pada aku... walo pon kasar nasihat kamu.. terima kasih.. mmg itu yang aku mahu.. jujur dlm memberi pandangan..
bukan seperti kamu!! yang x bole memperjuangkan niat kamu.. yang hanya backup diri sahaja.. kenapa x keluarkan segala rasional kamu?? x keluar kn alasan kamu?? kamu!! kamu!! yang pandai berbahasa manis.. tapi kenapa waktu seperti ittew, kamu x bole keluarkan fakta....
fact is fact.. SAYA?? KAMU?? hurm.. aku sayang relationship ini.. mungkin aku terlalu beremosi... Entah kenapa tiba-tiba menangis bersendirian.. Air mata berderaian lebat jatuh kepipi aku... Aku pergi mengambil wuduk.. terduduk aku.. tapi hati ini masih sukar dipujuk.. aku menyelak2 buku surah amalanku.. Ya.. aku membacanya..
Namun hati ini merintih lagi hari ini.. betapa jahat nye hati ini yang suka merintih.. mungkin terlampau sayang dengan hubungan ini.. aku tidak minta lebih.. cukup dengan apa yang aku ada sekarang.... aku mahu kekalkan ape yang ade skrang.. ya memuaskn hati semua pihak adalah sukar... aku surfing2 di internet td, surah ini yang aku jumpa...

Ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 64 - 66. Bismillah.
64. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga.
p/s : aku mintak maap hal semalam... ikot kau nk mcm mana nk ia terjadi... aku x kesa sbb aku syang relationship ini... x tahu la kau...
cepat sungguh amarah ini jadi... cepat sungguh ia reda...aish...